Categories: Resipi

Resipi Buttercake Klasik Terpaling Padu, Sedap Cicah Dengan Kopi O!

Kek butter sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai tidak kira usia kerana rasanya yang sedap dan lembut. Makan banyak pun tetap tak muak. Selain rasanya yang sedap, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga sangat mudah dah tidak renyah.

Namun begitu, anda perlu menggunakan teknik yang betul dalam membuatnya supaya hasil kek butter selepas dibakar menjadi naik elok.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah, follow je resipi kek butter ini berserta teknik penting yang telah dikongsikan oleh Norizan Abdullah di bawah.

RESIPI KEK BUTTER KLASIK

Bahan-bahan:

  • 125gram marjerin Pelangi
  • 125gram marjerin Bunga Mas Vanilla
  • 150gram gula kastor
  • 4 biji telor saiz AA (boleh guna telur A)
  • 190gram tepung superfine
  • 60gram tepung naik sendiri/SRF
  • 8gram double action baking powder (nak guna baking powder biasa pun ok)
  • 47gram dairy whipping cream Anchor
  • 47gram susu full cream
  • ½ sudu besar creamy vanilla essence

Cara-cara:

1. Pukul marjerin dan gula selama 4 minit. Putar menggunakan kelajuan maksimum. Selepas cukup 4 minit, tutup mixer dan kaup adunan dari bawah ke atas menggunakan spatula.

2. Selepas selesai kaup balik, hidupkan semula mixer kepada kelajuan maksimum selama 4 minit.

3. Selepas cukup 4 minit, matikan mixer dan kaup balik dari bawah ke atas. hidupkan semula mixer kepada kelajuan maksimum selama 4 minit. Tujuannya supaya adunan dipukul sekata.

4. Jumlah masa untuk pukul marjerin dan gula adalah selama 12 minit. (4 minit + 4 minit + 4 minit = 12 minit).

5. Selepas itu kita nak masukkan telur pula. Hidupkan mixer dengan kelajuan maksimum dan masukkan telur pertama.

6. Selepas masukkan telur pertama, biarkan seketika sebelum masukkan telur seterusnya satu persatu. Dalam masa 2 minit, habiskan kesemua 4 biji telur.

7. Bila dah cukup 2 minit, matikan mixer dan kaup adunan dari bawah ke atas. Sisipkan juga tepi mangkuk pengadun. Masukkan creamy vanilla essence.

8. Selepas itu, hidupkan mixer dan guna kelajuan 5 selama 2 minit.

9. Cukup 2 minit, boleh matikan mixer. Masukkan pula bahan tepung dan bahan cecair iaitu susu full cream dan dairy whipping cream.

10. Cara saya, saya hanya kaup balik dan disamping menggunakan hand whisk sahaja. 

11. Masukkan tepung berselang seli dengan bahan cecair. Buat sehingga tepung dan susu full cream digaul sekata.

12. Bila dah siap tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci dan hentak loyang untuk membuang lebihan angin pada adunan.

13. Jika inginkan kek yang tinggi, boleh guna loyang saiz 7 inci.

14. Bakar di dalam oven pada suhu 125°C selama 1 jam 15 minit menggunakan api atas dan bawah, tutupkan kipas oven.

15. Cara saya potong kek, potong kek semasa kek masih panas supaya kek tidak tenggelam semasa tekan pisau kek. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Norizan Abdullah

Baca juga: Premium Thai Butter Cake, Sekali Makan Terus Cair Dalam Mulut

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

22 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

24 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago