Ramai yang mencari resepi Kek Butter klasik kerana ia merupakan antara kek lama yang masih relevan dibuat sehingga sekarang. Apabila makan sekali, terasa nikmat tak terhingga.
Kek Butter merupakan kek paling asas bagi semua jenis kek yang ada. Walaupun wujudnya pelbagai jenis kek moden, namun ia tetap tak boleh lawan Kek Butter yang disukai ramai.
Zaidah Md Daud telah kongsikan rahsia dalam resepi Kek Butter klasik di Facebook yang membuatkan ramai tertarik. Jom kita cuba!
Baca juga: Beza Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Bagus Untuk Buat Kuih Atau Kek?
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, sediakan buttermilk dengan menambah 1 sudu besar cuka dalam 85ml susu segar, kacau-kacau dan biarkan seketika.
2. Sementara itu, boleh pukul butter sehingga kembang dan tambahkan gula kastor, kemudian pukul lagi selama 10 minit.
3. Seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji (jangan masukkan sekaligus), esen vanilla dan tambahkan tepung penaik sendiri sedikit demi sedikit.
4. Kemudian, kacau dan kaup-kaup sampai sebati.
5. Selepas itu, masukkan buttermilk dalam dua kali curahan.
6. Selanjutnya, panaskan oven dan alas loyang 8×8, kemudian curah adunan dan hentak loyang lembut-lembut saja.
7. Kemudian, masukkan dalam oven dan bakar menggunakan suhu 160ºC dengan api atas bawah dalam 40 hingga 50 minit.
8. Akhir sekali, cucuk dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak atau belum. Jika belum masak, tambah lagi 10 minit tapi turunkan suhu kepada 140ºC. Siap untuk dinikmati!
Sebenarnya, rahsia dalam resepi Kek Butter klasik terletak pada penggunaan butter asli. Selain itu, anda perlukan bahan-bahan asas yang wajib ada seperti tepung, gula dan telur.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaidah Md Daud
Baca juga: Resepi Kek Butter Simple, Hasil Air Tangan Ibu Memang Tiada Tandingannya
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…
Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…
Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…