Jika anda penggemar buah cempedak, resepi kek butter cempedak ini wajib cuba buat! Pasti anda akan menyukainya.
Bila dah nama kek cempedak, pastikan jangan ‘kedekut’ cempedak ya. Barulah kek akan menjadi lebih sedap dan harum.
Siapa yang teringin nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Sarah Chew di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!
Cara-cara:
1. Asingkan cempedak dari biji sehingga menjadi 250g. Kemudian, bahagikan kepada dua. 1 bahagian akan dihiris untuk dijadikan topping, manakala 1 bahagian lagi dicincang hancur (atau guna blender) untuk dijadikan puree.
2. Pukul mentega dan gula menggunakan mixer pada kelajuan paling laju sehingga menjadi gebu dan berwarna pucat.
3. Bila dah gebu dan berwarna pucat, turunkan kelajuan kepada kelajuan rendah. Kemudian, tuangkan telur ke dalam adunan.
4. Seterusnya, masukkan esen vaniilla dan cempedak sudah dicicang hancur menjadi puree. Gaul seketika puree tidak kelihatan.
5. Tuangkan susu dan sambul kacau sehingga sebati.
6. Masukkan 1/2 tepung gandum yang sudah digaul dengan baking powder, ke dalam adunan. Pukul menggunakan kelajuan rendah sehingga sebati. Kemudian masukkan baki tepung tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
7. Kemudian, sambung kacau menggunakan pemutar tangan. Pastikan putar pada 1 arah saja.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7×7 yang sudah digris dan dialas baking paper.
9. Ratakan adunan dan ketuk loyang beberapa kali untuk mengeluarkan sebagai buih udara yang ada dalam adunan.
10. Kemudian, susun cempedak yang sudah dihiris tadi di atas adunan.
11. Sedia untuk dibakar di dalam oven pada suhu 150℃ selama 30 minit, kemudian tukar suhu kepada 180℃ dan sambung bakar selama 20 minit. Selamat mencuba!
Kredit: Dapur 2022
Baca juga: Cara Buat Kek Carrot Tanpa Guna Penimbang, Tapi Gerenti Jadi!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…