
Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai air fryer di rumah, boleh cuba kaedah ini yang lebih mudah dan hasilnya tetap sedap. Tempe menjadi rangup di bahagian luar, tetapi masih lembut di dalam tanpa rasa mentah.
Ramai yang kurang gemar tempe yang terlalu garing hingga keras seperti kerepek. Dengan cara ini, tekstur tempe lebih seimbang kerana bahagian luarnya kekal rangup, manakala bahagian dalam masih lembut dan enak dimakan.
Lebih menarik, resipi ini hanya menggunakan beberapa bahan asas yang hampir selalu ada di dapur. Sesuai dijadikan lauk harian, snek petang atau pelengkap hidangan bersama nasi panas dan sambal kegemaran.
Baca juga: Resipi Cekodok Tepung Kosong Rangup Di Luar & Chewy Di Dalam, Sedap Dimakan Panas-Panas!
CARA MEMASAK TEMPE GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan:
- Tempe
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak masak
Cara-cara penyediaan:
- Hiriskan tempe mengikut ketebalan yang disukai.
- Satukan garam, serbuk kunyit dan minyak, kemudian lumurkan hingga rata pada setiap keping tempe.
- Susun tempe di dalam bakul air fryer secara satu lapisan supaya masak sekata.
- Masak pada suhu 180°C selama 13 minit.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Sumber: Thread @sarancak
Baca juga: Resipi Roti Gulung Jejari Ketam Yang Selalu Jadi Rebutan, Baru Hidang Dah Tinggal Pinggan Kosong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














