Categories: Resipi

Kek Batik Klasik Versi ‘Crunchy’, Cara Ringkas Guna 4 Bahan Je!

Terdapat pelbagai jenis kek batik yang boleh dicuba, masing-masing dengan variasi bahan dan cara penyediaan yang berbeza. Namun, resepi kek batik simple ini adalah salah satu cara paling mudah yang menjadi kegemaran ramai.

Resipi ini hanya memerlukan empat bahan yang mudah didapati di pasaraya atau kedai runcit berhampiran. Langkah penyediaannya juga sangat mudah diikuti.

Selain itu, kek batik ini bukan jenis yang lembut seperti kek biasa, tetapi sangat rangup apabila dikunyah. Rasanya yang manis juga pasti akan memikat hati sesiapa sahaja.

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI KEK BATIK SIMPLE 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 300 gm biskut marie
  • 250 gm butter atau marjerin
  • 2 cawan serbuk koko (Vico)
  • Separuh tin susu pekat
  • Sedikit susu cair (pilihan, mengikut kepekatan yang diingini)

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut Marie kepada kepingan kecil.
  2. Dalam periuk, cairkan butter atau marjerin dengan api sederhana. Setelah itu, masukkan serbuk koko dan gaul rata sehingga sebati.
  3. Tuangkan susu pekat ke dalam campuran koko dan butter, kemudian kacau sehingga semua bahan tercampur rata dan berkilat.
  4. Tambahkan sedikit susu cair mengikut kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan biskut Marie ke dalam campuran coklat dan gaul rata sehingga biskut disaluti dengan sempurna.
  6. Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas pembakar atau dioles dengan mentega. Ratakan permukaan dengan spatula.
  7. Biarkan kek batik sejuk dan keras dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cheche Lee

Baca juga: Kek Batik Matcha Indulgence, Rasa Pahit Manis ‘Matcha Lovers’ Wajib Cuba!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago