resepi kebab dagingTak sah kalau pergi pasar malam tanpa beli kebab, kan? Resepi kebab daging ini sangat mudah untuk buat dan dijadikan sebagai supper anda.

Juadah ini tidak terlalu berat namun sangat kenyang. Bahan juga anda tak perlu risau kerana mudah dapat di kedai dan terpulang kepada anda nak guna daging atau ayam. 

Jom baca entri kali ini!

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Cili Padi, Nampak Biasa-Biasa Tapi Pedas ‘Kebabom’!

RESEPI KEBAB DAGING

Bahan-bahan:

  • Daging burger Ramli
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sedikit rempah kari daging (pilihan)
  • Lobak merah (carot)
  • Timun
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Roti pita
  • Mayonis
  • Kobis atau salad (diracik nipis, pilihan)

Cara-cara:

1. Ambil sebungkus daging burger Ramli.

2. Panaskan daging burger dalam microwave sekejap, kemudian potong dadu.

3. Potong dadu lobak merah, timun, dan bawang besar. Tambahkan tomato untuk rasa yang lebih sedap.

4. Jangan lupa masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, dan sedikit rempah kari daging (jika suka).

5. Panaskan bahan-bahan yang telah dipotong tadi dalam kuali.

6. Tambahkan sedikit mentega (butter) jika suka. Minyak dari daging akan keluar semasa dimasak.

7. Setelah bahan tumis sedikit layu, masukkan daging burger yang telah dipotong bersama rempah kari (jika digunakan).

resepi kebab daging

8. Masukkan ketiga-tiga jenis sos tadi dan gaul rata.

9. Setelah sebati, masukkan sedikit garam.

10. Sediakan roti pita dan mayonis.

11. Potong roti pita menjadi dua.

12. Roti Gardenia juga boleh digunakan sebagai pengganti roti pita.

13. Sapukan mayonis di sekeliling bahagian dalam roti pita.

14. Isikan inti tadi ke dalam roti pita sehingga separuh penuh, kemudian sapukan sedikit lagi mayonis di atas inti.

15. Penuhkan lagi roti pita dengan inti dan sapukan mayonis serta sos cili di atasnya.

resepi kebab daging

Sumber: Wo-aini Crafter

Baca juga: Kek Batik Melting, Ikut TIP Ini Untuk Dapat Potongan Cantik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN