resepi kaswi gula merah

Resepi kaswi gula merah adalah salah satu juadah tradisional yang sering menjadi kegemaran ramai. Walaupun jarang dibuat di rumah, kuih ini mempunyai rasa yang begitu istimewa dan tekstur lembut yang memikat.

Resipi berikut sangat sesuai untuk anda yang ingin mencuba membuat sendiri kuih kaswi gula merah yang sedap, mengikut citarasa yang paling serasi di tekak.

Jom cuba resipi kaswi gula merah di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Apam Kampung Mudah Dengan 5 Bahan, Lembut Kejadiannya!

RESEPI KASWI GULA MERAH

Bahan-Bahan Utama

Bahan A (Untuk Air Gula):

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Bahan B (Untuk Adunan Tepung):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar bancuhan air kapur (1 sudu teh kapur makan + 2 sudu besar air, bancuh hingga larut)

Bahan C (Kelapa Parut):

  • 1 biji kelapa parut putih
  • Sedikit garam

Cara Membuat Kuih Kaswi Gula Merah:

1. Satukan semua bahan A (gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan) ke dalam periuk.

2. Masak hingga gula larut sepenuhnya.

3. Angkat dan biarkan air gula menjadi suam sebelum digunakan.

4. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan tepung gandum dan tepung ubi kayu.

5. Tuangkan air gula yang telah suam ke dalam campuran tepung tadi. Kacau hingga sebati.

6. Tambahkan baki air dan air kapur ke dalam adunan, kemudian kacau lagi sehingga semua bahan bercampur rata.

7. Tapis adunan ini untuk memastikan teksturnya halus dan bebas dari gumpalan.

8. Sediakan loyang bersaiz 9″ atau 10″, sapukan minyak masak di seluruh permukaan loyang untuk mengelakkan kuih melekat.

9. Tuangkan adunan yang telah ditapis ke dalam loyang.

10. Panaskan kukusan dan kukus adunan selama 40-45 minit dengan api sederhana.

11. Pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain bersih untuk mengelakkan wap air menitis ke atas kuih.

12. Gaulkan kelapa parut putih bersama sedikit garam untuk menambah rasa.

13. Kukus kelapa sebentar untuk memastikan ia kekal segar dan tidak cepat basi.

14. Setelah kuih masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Proses penyejukan biasanya memakan masa 4-5 jam untuk hasil terbaik.

15. Gunakan pisau plastik yang telah disapu minyak untuk memotong kuih supaya hasil potongan lebih kemas.

16. Hidangkan kuih yang telah dipotong bersama kelapa parut yang telah disediakan.

Tip Tambahan

  • Pastikan loyang yang digunakan telah disapu minyak secukupnya supaya kuih tidak melekat.
  • Jangan memotong kuih ketika ia masih panas, kerana teksturnya akan mudah pecah dan tidak cantik.
  • Penggunaan air kapur adalah kunci untuk mendapatkan tekstur kuih yang lembut tetapi tidak terlalu lembik.

Dengan resipi ini, anda boleh menghasilkan kuih kaswi gula merah yang lembut, manis, dan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Rahel Home Made

Baca lagi: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN