karipap pusing

Karipap pusing sentiasa menjadi kegemaran ramai. Teksurnya lebih rangup berbanding karipap biasa. Kalau makan panas-panas lagi nikmat. 

Namun begitu, pasti ramai yang sudah biasa buat karipap berbentuk bujur. Kali ini apa kata jom cuba karipap pusing versi bulat ini pula.

Baca juga: Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam

RESEPI KARIPAP PUSING BULAT

Bahan doh minyak:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak panas
  • Air secukupnya
  • Secubit garam (bancuh sekali dalam air)

Cara buat doh minyak:

1. Masukkan minyak masak panas ke dalam tepung. Gaul rata tepung.

2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan.

3. Rehatkan doh seketika.

Bahan doh marjerin:

Langkah-langkah membuat karipap pusing bulat:

1. Leperkan doh minyak. Masukkan doh marjerin ke dalam doh minyak.

2. Balut dan tutup doh marjerin dengan kemas. Kemudian leperkan.

karipap pusing

3. Gulung doh yang dileperkan tadi sehingga jadi bentuk memanjang.

4. Potong doh memanjang tersebut kepada dua bahagian.

5. Gelek dan leperkan doh sehingga menjadi nipis. (kalau ada papan atau talam yang lebih besar lagi senang kerja)

6. Kemudian gulungkan lagi seperti dalam gambar di bawah.

7. Selepas itu, potong doh kepada beberapa bahagian.

8. Gelek dan leperkan lagi. Waktu ini akan nampak pusingan itu.

9. Sebiji karipap kena ada dua keping.

10. Ambil sekeping doh yang sudah leper tadi, letakkan inti yang disukai.

11. Kemudian, ambil sekeping doh lagi dan tutupkan inti. Tekan hujung doh supaya inti tak terkeluar.

12. Selepas itu, kelim dengan kemas.

13. Karipap sedia untuk digoreng. Selamat mencuba!

karipap pusing

Sumber: Iesya Aisyah

Baca juga: Resipi Karipap Kurma Daging, Kulit ‘Maintain’ Rangup Dari Pagi Sampai Petang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN