resepi kari sotong

Resepi kari sotong boleh dimasak mengikut pelbagai cara, tetapi gaya kampung sering menjadi pilihan kerana rasanya yang asli tanpa bahan-bahan rumit.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, boleh cuba resepi. Bukan sahaja sedap, malah penyediaannya juga ringkas dan cepat, sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Sambal Sotong ‘Legend’ Macam Mak Kita Buat, Terasa Nostalgianya!

RESEPI KARI SOTONG GAYA KAMPUNG

resepi kari sotong

Bahan-bahan:

  • 500g sotong (dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dihiris nipis atau ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 200ml santan cair
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak (anggaran 3-5 minit).
  3. Tambahkan tomato dan kacau seketika. Kemudian masukkan sotong. Gaul rata dan masak hingga sotong mula mengeluarkan air.
  4. Tuangkan santan cair dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika (jangan terlalu lama supaya sotong tidak menjadi liat).
  5. Tambah garam, gula dan cili hijau jika suka. Kacau dan sesuaikan rasa mengikut cita rasa anda.
  6. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.

Sumber: Shauki Ki

Baca juga: Resipi Sotong Sumbat Bakar Ala Thai, Sedap Sampai Masuk Mimpi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending