sotong sumbat

Sotong sumbat ini kalau beli harganya boleh tahan mahal juga. Kalau beli dalam kuantiti sedikit, tak puas makan pula.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Syafika Bunnyy di bawah.

Baca juga: Resipi Sotong Stim Limau Yang Menggoda, Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis!

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR ALA THAI

sotong sumbat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong saiz besar (500g)
  • Segenggam isi udang
  • 1 biji telur

Bahan sos:

  • 10 ulas cili kecil
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos pencicah Thai
  • 3 sudu air limau nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Hirisan daun ketumbar

Bahan tumbuk untuk inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara penyediaan inti:

  1. Cincang isi udang dan gaul bersama telur serta bahan tumbuk (bawang merah dan bawang putih).

Cara sumbat:

  1. Sumbat inti yang telah disediakan ke dalam sotong.
  2. Ambil lidi sate dan cucuk untuk menutup sotong dan kepala agar tidak tertanggal.

Cara memasak sotong:

  1. Bakar sotong yang telah disumbat tadi. Setelah masak, hiris sotong kecil-kecil, tetapi pastikan ia tidak terpisah.
  2. Curahkan sos yang telah disediakan tadi ke atas sotong.

Sumber resipi dan gambar: Syafika Bunnyy

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kicap Butter, Cara Ringkas Tapi Padu Habis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN