Siapa suka ikan sardin wajib cuba resipi kari sardin yang cukup simple dan mudah untuk dimasak ini. Selain guna ikan segar, anda juga boleh menggunakan sardin dalam tin.
Menu ini bukan saja sedap dimakan dengan nasi panas, malah ia juga cukup lazat jika dicicah dengan roti. Pasti digemari oleh seisi keluarga!
Jika ada yang mahu mencuba memasaknya, ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sardin Masak Lemak Cili Api, Sedap Juga Rupanya Buat Lauk Macam Ni!
RESEPI KARI SARDIN TANPA SANTAN
Bahan-bahan:
- Ikan sardin (dipotong kepala dan ekor)
- Sebiji tomato merah ranum
- Setangkai daun kari hijau rimbun
- 3 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- Halia
- 3 sekawan
- Tomato
- Daun kari
- Rempah kari ikan + kari ayam
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak masak, minyak masak jangan kedekut ya kalau masak kari.
2. Kemudian, tumis hirisan bawang kecil dan 3 sekawan.
3. Apabila bawang sudah layu, masukkan pula bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat. Kacau-kacau sehingga naik aroma.
4. Seterusnya, masukkan tomato yang dicincang dan daun kari.
5. Apabila tomato sudah lembik, masukkan rempah kari ikan dan rempah kari ayam.
6. Ketika ini, kecilkan suhu api supaya rempah kari tidak cepat hangit. Kacau sebati.
7. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika hingga terbit minyak.
8. Apabila kari sudah pecah minyak masukkan sedikit bancuhan air asam jawa.
9. Kemudian, masukkan ikan sardin. Biarkan seketika untuk sebatikan jus ikan dan rempah kari.
10. Masukkan air sehingga parasnya melebihi ikan.
11. Biarkan kari mendidih sehingga timbul minyak. Boleh perasakan garam, ajinomoto dan gula mengikut cita rasa masing-masing.
12. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Sardin Masak Paprik, Makan Dengan Telur Dadar Gebu Lagi Nikmat!