Categories: Resipi

Resipi Kari Ikan Padu, Ini Tip Kuah Pekat Elok & Tahan Lama

Tercari-cari resepi kari ikan yang mudah dan ringkas? Ini dia salah satu resipi yang boleh anda cuba.

Kari ini bukan biasa-biasa, kuahnya yang pekat dan likat pasti akan memikat hati. Kari ini juga dijamin tahan lama dan tak cepat basi.

Kalau nak tahu cara memasaknya, boleh ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Supaya Pecah Minyak Elok, Boleh Ikut Tip Ini!

RESEPI KARI IKAN PEKAT

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram ikan unggang (atau jenis ikan lain yang disukai)
  • 8-9 sudu besar serbuk kari (campur air untuk jadikan pes)
  • 9 batang sayur bendi
  • Tomato 1 biji
  • Daun kari 2 batang
  • Bawang kecil 5 biji (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia 2 cm (ditumbuk)
  • Biji kari 1 sudu besar
  • Air asam jawa 4-5 sudu besar
  • Santan setengah kotak kecil
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, letakkan biji kari. Tumis dalam 30 saat atau 1 minit menggunakan api sederhana, jangan guna api kuat.

2. Masukkan halia dan tumis lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bawang putih dan tumis sehingga sedikit keperangan.

4. Seterusnya, masukkan bawang kecil yang telah dihiris nipis serta daun kari. Masak sehingga naik bau dan semua bahan menjadi kekuningan serta sedikit garing.

5. Masukkan serbuk kari yang telah dikacau dengan air. Masak sehingga pecah minyak.

6. Kalau nak kari tahan lama, pastikan guna api kecil atau sederhana supaya rempah betul-betul masak dengan elok dan pecah minyak.

7. Masukkan air asam jawa secukupnya.

8. Bila dah pecah minyak dan warnanya cantik, boleh perasakan dengan garam, serbuk perasa dan ajinomoto.

9. Mauskkan air masak secukupnya dan tuangkan juga santan setengah kotak kecil. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih.

10. Masukkan ikan, bendi dan tomato. Besarkan api sedikit dan masak sekejap sehingga mendidih. Ikan tak perlu masak lama kerana ikan cepat masak, jika terlebih masak, ikan boleh hancur.

11. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Cara Masak Kari Ayam, Lagi Padu Kalau Tambah ‘2 Bahan’ Ini Selain Serbuk Kari

Nasiha

Recent Posts

3 Resipi Kek Tanpa Telur, Sesuai Untuk Mereka Yang Alergik!

Resepi kek tanpa telur ini sesuai untuk mereka yang alergik dengan telur. Ada 3 resipi…

2 hours ago

Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

Adakah anda sering membawa keluarga ke kedai tomyam? Kalau anda sukakan masakan panas, mesti sekali-sekala…

3 hours ago

5 Alat Moden Ini WAJIB Ada Di Dapur Ibu, Kerja Masak Jadi Lebih Mudah!

Tak dinafikan seorang ibu akan habiskan banyak masa di dapur. Setiap ibu mesti nak seisi…

3 hours ago

Popia Bergedel Sambal Kicap Berapi, Confirm Ketagih!

Minum petang sambil layan popia bergedil yang dicicah bersama sambal kicap pedas memang sangat sedap…

3 hours ago

Kenali Musim Buah Di Malaysia Ikut Jenis, Baru Dapat Harga ‘Runtuh’

Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Namun begitu, bukan semua buah mudah…

3 hours ago

Cara Buat Kuih Lapis Seri Wangi, Lagi Lembut Jika Lebihkan ‘Tepung Ini’

Jom cuba resepi kuih lapis seri wangi ini. Pasti lebih puas hati dan berbaloi-baloi berbanding…

6 hours ago