Categories: Resipi

Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar, Punyalah Sedap Sampai Jilat Jari!

Suka makan kari ayam kampung yang lazat macam di restoran Nasi Kandar? Saudari Niza Zaini ada kongsikan resepi kari ayam kampung yang mudah dan tidak renyah.

Selain guna ayam kampung, anda juga boleh gunakan ayam biasa. Cubalah sendiri di rumah, hasilnya pasti sedap dan tidak mengecewakan!

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main!

RESEPI KARI AYAM KAMPUNG NASI KANDAR STYLE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam kampung (dipotong ikut saiz yang disukai)
  • Serbuk kunyit secukupnya (untuk gaul ayam)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2–3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3–4 biji cengkih
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 5–6 biji cili kering
  • 2–3 biji cili hijau (boleh guna cili solok lada)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong ikut saiz)
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 1 mangkuk kecil bahan kisar (halia dan bawang putih)
  • Beberapa helai daun kari
  • Air secukupnya
  • Garam dan sedikit serbuk perasa
  • Sedikit santan (optional)

Cara memasak:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan ketepikan seketika.
  2. Tumis bawang besar, cili kering, cili hijau, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau dan sedikit layu.
  3. Masukkan daun kari dan kacau sekejap.
  4. Masukkan ubi kentang dan kacau rata.
  5. Masukkan ayam yang telah digaul serbuk kunyit dan kacau sekejap.
  6. Masukkan bahan kisar (halia dan bawang putih) dan tumis sebentar hingga wangi.
  7. Masukkan rempah daging. Kacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak hancur.
  8. Tuangkan air secukupnya. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa.
  9. Biar mendidih hingga ayam dan ubi empuk. Jika mahu, boleh tambah sedikit santan untuk rasa lebih lemak.
  10. Setelah semua bahan masak dan kuah pekat, angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih atau roti.

Sumber: Niza Zaini

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago