Pasti ramai dah biasa masak kari ayam kan? Kali ini apa kata jom kita cuba resepi kari ayam hijau ala Thai yang lazat dan menyelerakan ini pula. Sesekali tukar selera apa salahnya kan?
Hidangan ini memang cukup enak kerana ada penggunaan daun ketumbar dan daun selasih menjadi hidangan ini cukup lazat dan harum semerbak.
Resipi ini juga tidak menggunakan rempah kari. Sebaliknya perlu membuat sendiri pes hijau menggunakan bahan-bahan mudah. Mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Nazura Zainal Abidin di bawah.
Baca juga: Cara Masak ‘Kari Ayam Versi Nepal’ Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak
RESEPI KARI AYAM HIJAU ALA THAI
Bahan pes hijau:
- Bawang merah kecil
- Bawang putih
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- Serai
- Daun ketumbar
- Cili padi
- Cili hijau
Kesemua bahan pes ini dikisar halus.
Bahan-bahan lain:
- Seekor ayam dipotong kecil
- 1 biji kelapa untuk santan
- Daun limau purut
- Daun selasih
- Buah tomato
- 2 biji limau kasturi
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula
Cara memasak:
1. Masukkan pes hijau, asam keping bersama ayam ke dalam periuk atau kuali.
2. Gaul rata ayam dengan pes sehingga ayam kelihatan kecut.
3. Kemudian baru masukkan santan dan daun limau purut.
4. Masak sehingga kuah hampir pekat dan masukkan daun selasih. Perahkan 2 biji limau kasturi dan garam gula secukup rasa.
5. Masak sehingga sempurna dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nazura Zainal Abidin
Baca juga: Cara Buat Mi Kari Yang Sedap ‘Meletup’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!