
Dah jarang jumpa orang jual buah katak puru atau juga dikenali buah nam-nam. Kalau anda masih ada pokok ini di rumah, bolehlah cuba resepi jeruk buah katak puru ini.
Bila dibuat jeruk, buah ini tahan lama tanpa cepat rosak. Rasanya sangat sedap selepas 3 hari. Teksturnya rangup, masam, sedikit pedas dan boleh ketagih dibuatnya!
Baca juga: Resipi Garam Belacan Untuk Cicah Buah, Rasa Pedas, Masin & Manis Bikin Ketagih!
RESEPI JERUK BUAH KATAK PURU

Bahan-bahan:
- Buah katak puru segar (pastikan buah tak kecut, belah terus selepas kutip)
- Garam
- Air kapur
- Air gula + lada + cuka (lebihkan sedikit cuka untuk tahan lama)
Cara-cara:
- Cuci dan belah buah dalam air. Pakai sarung tangan kerana getah buah boleh melekat di tangan.
- Selepas dibelah kecil-kecil, cuci sekali lagi dan rendam dalam campuran air garam dan air kapur selama semalaman.
- Selepas rendama semalaman, basuh buah dan tos hingga sejat.
- Masak air gula bersama cuka dan lada (kuantiti ikut tahap kepedasan yang diingini).
- Biarkan air gula betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol bersama buah.
- Simpan dalam peti sejuk dan tandakan tarikh buat. Selepas 3 hari, jeruk sudah boleh dimakan.
Tips:
- Kuantiti gula dan cuka boleh diubah ikut jumlah buah, tetapi lebihkan sedikit cuka supaya tahan lama. Jangan terlalu masam, biar manis.
- Kalau tak nak buat jeruk, buah boleh dimakan colek dengan kicap saja.
Sumber: Fatihah Anum
Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Lepas Makan Sampai Terbayang-Bayang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














