Categories: Resipi

Jelly Buah Guna Acuan Lompang, Masa Makan Terasa Manis Buah-Buahan Segar!

Buat penggemar agar-agar, kali ini apa kata jom cuba resepi jelly buah yang mudah, sedap dan penuh dengan pelbagai rasa. Resipi ini memang sesuai untuk semua, tak kira usia. Anda boleh guna apa saja buah kegemaran, jadi sesuaikan mengikut cita rasa anda!

Buat sendiri memang puas hati dan anak-anak pun pasti teruja dengan jeli warna-warni yang penuh buah ni. Selain itu, jeli buah ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut di majlis atau dinikmati pada bila-bila masa.

Jom tengok resipi penuh untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara-caranya di bawah. Anda pasti ingin mencuba resepi ini selepas melihat betapa mudahnya untuk buat juadah ini.

Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak

RESEPI JELLY BUAH

Bahan-bahan:

  • 10 gm serbuk agar-agar (clear)
  • 200 gm gula pasir halus (resepi asal 250 gm)
  • 1 liter air
  • Buah strawberi (potong dadu)
  • Buah kiwi (potong dadu)
  • Buah manga (potong dadu)

Cara-cara:

  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar, kemudian kacau hingga larut.
  2. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
  3. Tuang campuran ke dalam acuan yang telah berisi buah-buahan.
  4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Miz’s Shaliza

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

12 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

13 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

14 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

15 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

15 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

15 hours ago