cara buat sardin roll

Cara buat sardin roll sebenarnya sangat mudah dan sesuai untuk sesiapa yang nak sediakan kudapan cepat tanpa guna bahan yang banyak. Resipi ini juga antara pilihan terbaik kalau ada roti putih yang dah nak hampir expired. Daripada membazir, lebih baik kita olah jadi menu yang sedap dan mengenyangkan.

Kalau imbas balik zaman kecil dulu, sardin roll ini memang selalu mak-mak kita buat untuk minum petang. Bau roti yang digoreng panas dengan inti sardin memang cukup menggoda. Walaupun nampak simple, tapi rasa dia memang tak pernah mengecewakan.

Sekarang ini, sardin roll bukan saja jadi hidangan di rumah, malah ramai yang jadikan sebagai menu jualan. Mudah nak sediakan, kos pun rendah, tapi permintaan memang ada. Sesuai untuk jamuan, bekal anak-anak atau jualan kecil-kecilan.

Baca juga: Cara Buat Roti Keju Yang Gebu, Lembut & Wangi, Sekali Gigit Terus Jatuh Cinta!

CARA BUAT SARDIN ROLL RANGUP GUNA ROTI PUTIH

cara buat sardin roll

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji telur (untuk salut)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Lenyek sardin bersama sosnya dalam mangkuk hingga hancur sedikit.
  2. Hiris halus bawang Holland, kemudian gaulkan bersama sardin tadi.
  3. Leperkan roti menggunakan rolling pin atau botol supaya mudah digulung.
  4. Letakkan inti sardin di atas roti, kemudian gulung kemas.
  5. Celupkan roti yang telah digulung ke dalam telur yang dipukul.
  6. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
  7. Goreng sardin roll selama kira-kira 3 minit sahaja atau hingga keemasan.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: Thread @asyiqinnrlsynmrf

Baca juga: Resipi Roti Manis Butterscotch Gebu Gebas, Baru Keluar Oven Terus Wangi Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN