roti cheese

Kalau sedang mencari resipi roti cheese yang lembut, gebu dan mudah jadi, inilah yang anda patut cuba. Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar buat roti homemade, tapi tetap nak hasil yang nampak cantik dan rasa macam beli di bakery.

Bayangkan bila roti baru keluar dari oven, bau harum terus memenuhi ruang dapur. Ditambah pula dengan keju mozzarella yang cair melimpah di atas roti, memang susah nak tahan. Sekali gigit, tekstur lembut dan rasa lemak berkrim terus buat jatuh cinta.

Menariknya, resipi ini tak perlukan teknik yang terlalu rumit. Dengan bahan yang mudah dan langkah yang jelas, anda pun boleh hasilkan roti keju yang gebu dan sedap untuk hidangan keluarga atau minum petang.

Baca juga: Resipi Roti Manis Butterscotch Gebu Gebas, Baru Keluar Oven Terus Wangi Satu Rumah!

RESEPI ROTI CHEESE LEMBUT & GEBU

roti cheese

Bahan bahagian roti:

  • Tepung high protein 250g (ini rahsia roti kenyal & gebu)
  • Susu tepung 15g (untuk rasa lemak-lemak)
  • Gula 25g
  • Telur 1 biji gred A atau B
  • Susu segar 55g
  • Air sejuk 55g – 65g
  • Garam 3g
  • Mentega 30g (suhu bilik)
  • Yis 3g (yis kering) atau 9g (yis segar)

Bahan topping & hiasan:

  • Keju mozzarella (diparut)
  • Salad dressing (mayones)
  • Madu (untuk sapuan akhir)
  • Parsley kering (hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan roti ke dalam mangkuk pengadun kecuali mentega. Mula mengadun dengan kelajuan rendah, kemudian tukar ke kelajuan sederhana tinggi. Uli sehingga adunan nampak menyatu (coarse film).
  2. Kemudian, masukkan mentega dan sambung uli sehingga doh menjadi licin dan elastik. Tip untuk newbie: Tak perlu sampai dapat glove film yang sempurna macam pro, janji doh dah licin dan boleh ditarik nipis sedikit pun dah memadai. Tutup doh dan biar ia kembang dua kali ganda (lebih kurang 45-60 minit mengikut cuaca).
  3. Lepas doh dah kembang, tumbuk doh untuk buang angin. Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama besar. Bulatkan dan biarkan ia berehat selama 15 minit (supaya senang nak canai nanti).
  4. Ambil satu bahagian, canai menjadi bentuk segi empat tepat, kemudian gulung memanjang. Pastikan panjangnya muat dengan saiz loyang pembakar anda. Susun atas loyang yang telah dialas baking paper.
  5. Sapukan permukaan roti dengan egg wash (bancuhan telur + sedikit susu). Taburkan keju mozzarella dengan murah hati di atasnya. Biarkan roti naik semula sehingga 1.5 kali ganda saiz asal.
  6. Sebelum masuk oven, picitkan sedikit salad dressing atau mayones di atas keju tadi. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga warna bertukar menjadi coklat keemasan (golden brown).
  7. Sambil tunggu roti masak, bancuh 10g madu dengan 10g salad dressing/mayones. Sebaik sahaja roti keluar dari oven (tengah panas-panas!), terus sapukan campuran madu ini di atas roti. Taburkan sedikit daun parsley kering untuk nampak lebih menyelerakan.

Sumber: Aisyah via Lemon8

Baca juga: Resipi Roti Telur Lembut & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk, Jadi Menu Rebutan Anak-Anak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN