resepi jagung

Jom cuba buat resepi jagung yang viral di media sosial ini iaitu Creamy Corn Ribs. Ia diperbuat dari cheese, serbuk cili, butter dan susu yang menjadikan rasanya lemak berkrim dan pedas.

Resipi ini boleh dikatakan agak berbeza dari resepi jagung yang lainnya. Tapi, memang berbaloi kalau anda cuba membuatnya di rumah.

Tunggu apa lagi? Mari membuatnya dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Wo-aini Crafter.

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!

RESEPI JAGUNG VIRAL (CREAMY CORN RIB)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil @ 1/2 bawang besar
  • Butter 2-3 sudu
  • Cili flakes 1 sudu
  • Sedikit serbuk cili (mengikut tahap kepedasan yang disukai)
  • 1 cawan susu kotak (fresh milk)
  • 2 keping cheese
  • 1/2 atau 1 kiub ayam
  • Parsley flakes

Cara penyediaan:

1. Potong 2 jagung dan belah 4. Bila dah potong, rebus sehingga jagung masak. Toskan air dan ketepikan.

2. Cincang atau tumbuk bawang putih serta bawang merah kecil.

3. Sediakan periuk, cairkan butter dan tumis bahan tadi.

4. Masukkan sedikit serbuk cili, susu kotak, kepingan cheese dan kiub ayam.

5. Masak sampai pekat dan perasakan mengikut selera anda.

6. Jika sudah pekat elok, masukkan jagung yang direbus tadi. Gaul sebati dan biarkan seketika supaya meresap ke dalam jagung.

7. Kemudian, masukkan jagung beserta sos ke dalam air fryer.

8. Taburkan parsley flakes dan bakar selama 8 minit pada suhu 190 darjah celsius.

9. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

resepi jagung

Kredit resipi dan gambar: Facebook Wo-aini Crafter

Baca juga: Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN