Categories: Resipi

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari Yang Mudah & Padu, Campak-Campak Dah Siap!

Kalian pernah cuba tak resepi ikan tenggiri masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup mudah.

Masakan ini juga sedikit unik kerana ada rasa masam dari cuka. Oleh sebab itu, anda kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan masam supaya kuahnya menjadi lazat.

Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di bawah.

Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA BERKARI

Bahan-bahan:

– Ikan tenggiri
– Garam
– Serbuk kunyit
– 1 biji bawang besar
– 2 inci halia
– 1 sudu halba campur
– 2 tangkai daun kari
– 2 atau 3 sudu cuka makan
– 1 gelas air
– 1  biji bawang besar dibelah 6
– 3 ulas bawang putih
– 5 biji cili padi
– Garam, serbuk cukup rasa

Cara-cara:

1. Gaul isi ikan dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar, 2 inci halia, 1 sudu halba campur dan 2 tangkai daun kari. Pastikan bau tumisan ni menggoda. Kacau hingga kekuningan.

3. Letak 2 atau 3 sudu cuka makan dan kacau.

4. Masuk 1 gelas air dan biarkan mendidih.

5. Kemudian, masukkan ikan tenggiri yang sudah siap digoreng tadi.

6. Masuk pula 1 biji bawang besar dibelah 6, 3 ulas bawang putih diketuk dan 5 biji cili padi. Kacau rata.

7. Masuk garam secukupnya mengikut cita rasa. Letakkan juga sedikit serbuk cukup rasa.

8. Gaul sebati dan biarkan sekejap.

9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Faceb00k Liza Idris

Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

22 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

22 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

22 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

22 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago