resepi sup ikan siakap

Resepi sup ikan siakap ini memang sesuai untuk anda yang sukakan hidangan berkuah, ringan tetapi penuh rasa. Walaupun diinspirasikan daripada sup ikan merah ala Khairul Aming, versi ini menggunakan ikan siakap yang isinya lembut, manis dan mudah didapati di pasar atau pasar raya.

Rahsia keenakan sup ini terletak pada gabungan lada hitam, cili padi, bawang putih dan sup bunjut yang menghasilkan kuah pedas berempah tanpa perlu menggunakan terlalu banyak bahan. Tambahan sedikit sos ikan pula menjadikan rasa sup lebih ‘kick’ dan menyelerakan.

Satu lagi tip penting ialah goreng ikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sup. Cara ini bukan sahaja mengurangkan bau hanyir, malah membuatkan isi ikan tidak mudah hancur ketika dimasak. Memang sedap dihirup panas-panas bersama nasi putih!

Baca juga: Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Kuah Pekat Masam Pedas Semua Cukup!

RESEPI SUP IKAN SIAKAP TAK HANYIR & ISI TAK HANCUR

resepi sup ikan siakap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dipotong kepada 4 bahagian)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sup bunjut ikan
  • 6 biji cili padi (ditumbuk kasar)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Air secukupnya
  • 1-2 sudu makan sos ikan atau sos sotong
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa secukupnya (jika suka)
  • 1 biji limau nipis

Bahan tumis:

  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • Sedikit cili kering (dipotong)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan siakap dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan sehingga bahagian luar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis hirisan bawang merah bersama cili kering sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang putih tumbuk, lada hitam tumbuk dan serai. Tumis lagi sehingga wangi.
  5. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan kacau sebati.
  6. Tuangkan air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang diinginkan.
  7. Masukkan sup bunjut ikan dan biarkan kuah mendidih selama beberapa minit supaya rasa rempah keluar.
  8. Masukkan tomato, kemudian perasakan dengan sos ikan atau sos sotong, garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  9. Masukkan ikan siakap yang telah digoreng dan reneh sekitar 3 hingga 5 minit sahaja.
  10. Elakkan memasak terlalu lama supaya isi ikan kekal lembut.
  11. Tutup api dan perahkan sedikit limau nipis sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih segar.

Sumber: Niniey Mohammad

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ikan Aya Hitam Masak Asam ‘Cara Arwah Emak’, Sedap Tak Toleh Kiri Kanan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN