
Kalau suka makan ikan bakar, resipi ikan talapia bakar ini memang patut dicuba. Bahan-bahannya mudah dan cara memasaknya pun tidak rumit.
Ikan talapia bakar ini sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Rasanya sedap, isinya lembut dan berjus.
Paling menarik, anda tidak perlukan pemanggang khas pun. Guna sahaja kuali atau air fryer, hasilnya tetap enak.
Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa!
RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR

Bahan-bahan:
- Ikan talapia
- 2 sudu minyak masak
- 2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu gula
- 1 sudu garam
- 3 sudu besar sos cili Enaq (atau jenama lain yang disukai)
- 1 sudu susu pekat
Cara-caranya:
- Bersihkan ikan talapia, kemudian kelar sedikit di bahagian badan supaya bahan perapan mudah meresap.
- Dalam mangkuk, satukan minyak masak, serbuk kunyit, gula, garam, sos cili dan susu pekat. Gaul sebati.
- Lumurkan bahan perapan pada ikan hingga rata, termasuk di bahagian dalam kelaran.
- Perap seketika 30 minit untuk rasa lebih meresap.
- Panaskan pemanggang atau kuali non-stick. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak dan garing di kedua-dua belah.
- Setelah ikan siap dibakar, salut sekali lagi dengan sos cil. Ini akan buat ikan nampak lebih berkilat, wangi dan menyelerakan.
- Angkat dan hidangkan bersama sambal kicap atau sambal belacan.
Sumber: Tengku Roselyza Raja Muhammad
Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tak Hanyir, Rasa Sama Macam Makan Dekat Kedai Siam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














