ikan stim limau

Resepi ikan stim limau ini cukup mudah dan ringkas kerana tidak perlu menggunakan serai, halia, lengkuas mahupun bawang merah. Hanya memerlukan bawang putih, cili api dan limau nipis sahaja.

Namun begitu, ada petua yang perlu dipraktikkan supaya ikan stim tak hanyir dan fresh. Untuk mengetahui tips tersebut, mari ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Zalina Yahaya di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!

RESEPI IKAN STIM LIMAU

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. Cuci bersih ikan dan bahan lainnya.

ikan stim limau

2. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak. Kemudian kukus ikan selama 10 minit. Kukus ikan sahaja tanpa letakkan bahan lain.

3. Sambil tunggu ikan dikukus, perahkan limau nipis, hiris bawang putih dan cili api.

4. Selepas 10 minit, angkat ikan dari pengkukus. Tuangkan air ikan ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan hirisan cili api dan bawang putih tadi berserta 4 sudu besar air, 1/4 sudu teh garam, 8 sudu air limau nipis, 4 sudu besar gula dan hirisan daun ketumbar.

5. Kemudian tuang ke atas ikan dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

ikan stim limau

Kredit resipi dan gambar: Zalina Yahaya

Baca juga: Ayam Masak Stim Limau Cara Mudah, Resipi MEMIKAT Perut Suami

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN