Jom cuba resepi ikan singgang yang mudah dan sedap. Masakan ini cukup nostalgia bagi sesetengah orang kerana ia merupakan menu legend yang membuatkan mereka teringat pada kampung halaman.
Lauk ini juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunakan minyak dan tidak perlu menumis. Hanya perlu sediakan periuk dan masukkan semua bahan saja.
Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas. Selain ikan, ada 3 sahaja bahan asas yang diperlukan iaitu lengkuas, asam keping dan bawang putih. Memang sangat segar bila dapat hirup kuahnya yang cukup rasa masam, masin dan manis. Jom cuba masak!
Baca juga: Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Sediakan semua bahan yang diperlukan dan hiris apa yang patut seperti dalam gambar di bawah.
2. Masukkan semua bahan kecuali bendi ke dalam periuk beserta dengan air. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan juga bendi. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga bendi lembut.
4. Sedia untuk dihidangkan! Rasa ikan bersama kuah yang masam, masin dan manis sangat lazat. Makan pula dengan budu, memang best! Selamat mencuba.
Kredit resipi dan gambar: Syahr Musafir
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…