resepi ikan singgang

Jom cuba resepi ikan singgang yang mudah dan sedap. Masakan ini cukup nostalgia bagi sesetengah orang kerana ia merupakan menu legend yang membuatkan mereka teringat pada kampung halaman.

Lauk ini juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunakan minyak dan tidak perlu menumis. Hanya perlu sediakan periuk dan masukkan semua bahan saja.

Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas. Selain ikan, ada 3 sahaja bahan asas yang diperlukan iaitu lengkuas, asam keping dan bawang putih. Memang sangat segar bila dapat hirup kuahnya yang cukup rasa masam, masin dan manis. Jom cuba masak!

Baca juga: Rahsia Masak Singgang Tulang Yang Lembut Tanpa Guna Pressure Cooker

RESEPI IKAN SINGGANG RINGKAS & CEPAT

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol/ikan kembung/ikan selar
  • Lengkuas
  • Asam keping
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili
  • Bendi

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan dan hiris apa yang patut seperti dalam gambar di bawah.

2. Masukkan semua bahan kecuali bendi ke dalam periuk beserta dengan air. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih.

resepi ikan singgang

3. Apabila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan juga bendi. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga bendi lembut.

4. Sedia untuk dihidangkan! Rasa ikan bersama kuah yang masam, masin dan manis sangat lazat. Makan pula dengan budu, memang best! Selamat mencuba.

resepi ikan singgang

Kredit resipi dan gambar: Syahr Musafir

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat Singgang Ayam Thai, Resipi Asli Mak Mertua Orang Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN