Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan ikan, apa kata jom cuba resepi ikan selar masak rendang Padang yang pasti membuka selera ini.
Bukan sahaja sedap, resipi ini juga hanya menggunakan 4 bahan utama tapi hasil masakan sangat luar biasa!
Cukup ada satu hidangan ini saja sudah pasti dapat menaikkan selera anda! Hati-hati, nasi satu pinggan confirm tak cukup!
Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang ‘Urat’ Ini Sebelum Dimasak
1. Cuci bersih ikan dan kelar. Kemudian lumur dengan sedikit garam dan kunyit.
2. Goreng ikan sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumbuk cili padi dan sebiji bawang merah besar sehingga separa lumat.
4. Panaskan minyak, lebihkan sedikit untuk elak sambal hangus.
5. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang sudah ditumbuk tadi.
6. Masukkan asam keping.
7. Masukkan garam secukupnya.
8. Selepas sambal tadi sudah separa masak, masukkan ikan selar yang sudah digoreng tadi.
9. Biarkan sebentar sehingga ikan sebati di dalam sambal. Agak-agak dah masak, sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
10. Siap, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Shafinaz Radzuan via Rasa
Baca juga: Resipi Ikan Bakar Asam Jawa, Makan Seekor Confirm Tak Cukup Tau!
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…