Categories: Resipi

Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu!

Dengan resipi ikan dori sweet sour ini, anda boleh sediakan hidangan yang sedap, rangup dan penuh rasa hanya dalam beberapa langkah mudah.

Ikan dori yang lembut, digoreng garing dan disiram dengan kuah manis masam pasti buat semua ahli keluarga teruja!

Resipi ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, terutama bila anda nak hidangan cepat tapi tetap menyelerakan.

Selain itu, anda juga boleh tambah sayur-sayuran atau buah-buahan seperti nanas untuk beri rasa segar dan warna yang menarik pada hidangan.

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin Yang Buat Selera Terus Bangkit, Lauk Ringkas Tapi Padu!

RESEPI IKAN DORI SWEET SOUR

Bahan-bahan:

  • 800g potongan ikan dori
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji timun (potong hiris)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu besar cuka
  • 6 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar serbuk black pepper
  • Nenas, potong dadu (pilihan)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap potongan ikan dori bersama serbuk black pepper dan garam selama 30 minit supaya rasa meresap.
  2. Gaulkan ikan yang telah diperap bersama telur, kemudian celup ke dalam tepung gandum hingga rata. Goreng ikan sehingga garing dan keemasan. Angkat dan sejukkan sebentar.
  3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan tomato dan kacau hingga hancur. Tambahkan sos cili, nenas dan timun.
  5. Tuang sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat, kemudian masukkan cuka untuk rasa masam yang seimbang.
  6. Masukkan ikan goreng bersama bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Fauziah Yahya

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Asam, Lauk Mudah Yang Buat Kecur Air Liur!

Wan N

Recent Posts

“Saya Order Roti Tampal Ja..”- Lelaki Kongsi Pengalaman Sarapan Sambil Tengok ‘Live’ Main Violin, Ala ‘Fine Dining’!

Kedai makan yang ada persembahan 'busking' memang dah biasa kita jumpa. Tapi lain pula pengalaman…

12 hours ago

Resipi Bingka Jagung Sukatan Cawan, Bakar Sampai Atasnya Garing Keemasan Barulah Sempurna!

Resepi bingka jagung bakar ini sesuai dicuba bagi yang suka kuih tradisional dengan rasa lemak…

15 hours ago

Jangan Main Potong Je, Rupanya 5 Cara Potong Bawang Putih Ini Boleh Ubah Rasa Masakan!

Bawang putih antara bahan wajib dalam masakan, tetapi tahukah anda cara potong bawang putih boleh…

16 hours ago

Sambal Belacan Yang Sedap Ikut Cara Arwah Mak, 2 Tip Ini Buat Aromanya Lebih Menyengat!

Sambal belacan yang sedap memang boleh buat selera makan bertambah, terutama apabila dimakan bersama nasi…

17 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna, Kuah Banjir Dengan Aneka Lauk Buat Menu Ini Lagi Meriah!

Hari-hari makan nasi, sesekali tukar selera dengan kuetiau ladna pun menarik juga. Hidangan ini sesuai…

17 hours ago

Roti Nak Expired Jangan Terus Buang! Buat Puding Roti Coklat Cip Guna Air Fryer, Lembut Berkrim!

Puding roti coklat ini sesuai untuk anda yang mahu menghabiskan lebihan roti sebelum tamat tempoh.…

17 hours ago