ikan cencaru sumbat lada

Kalau anda peminat lauk kampung yang pedas-pedas, memang wajib cuba ikan cencaru sumbat lada ini.

Walaupun cara penyediaan cukup ringkas, rasanya tetap padu bila digoreng garing dan dimakan dengan nasi putih panas.

Rahsia kesedapannya terletak juga bergantung pada bahan tumbuk yang disumbat ke dalam ikan. Barulah seimbang rasa pedas, wangi dan cukup rasa!

Baca juga: Cara Buat Solok Ikan Goreng Rangup, Ramai Simpan Resipi Sebab Mudah & Sedap!

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT LADA

ikan cencaru sumbat lada

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (dibelah belakang dan dibersihkan)
  • Cili (merah atau hijau)
  • Garam kasar
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Halia
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan cencaru, kemudian belah di bahagian belakang. Jangan terlalu dalam, cukup sekadar ada ruang untuk disumbat. Toskan supaya ikan tidak berair.
  2. Tumbuk cili bersama garam, serbuk perasa, halia, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit hingga menjadi pes yang halus.
  3. Sumbat bahan tumbuk ke dalam ruang belakang ikan sehingga penuh dan padat. Pastikan isi tidak terkeluar supaya rasa lebih menyerap.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Bila minyak sudah betul-betul panas, masukkan ikan perlahan-lahan. Goreng hingga bahagian luar garing keemasan dan isi di dalamnya masak sempurna.
  5. Angkat ikan, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: E’llyna Leya

Baca juga: Resipi Ikan Kicap Halia Ala Restoran Cina, Tak Guna Bahan Banyak Tapi Padu Lain Macam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN