
Sesiapa yang suka makan lauk kampung pasti tahu tentang hidangan solok. Biasanya orang buat resipi solok lada, tapi kami terjumpa cara buat Solok Ikan yang lain dari yang lain.
Ramai suka menu ini kerana bukan saja sedap dimakan bersama nasi panas, malah cukup membuka selera apabila digandingkan dengan sambal belacan atau ulam-ulaman.
Zira Ismail ada kongsikan cara buat Solok Ikan di Facebook. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat, mana tahu boleh jadi lauk istimewa untuk keluarga hujung minggu nanti.
Baca juga: Resepi Solok Lada Kukus Dengan Periuk Nasi, 5 Minit Dah Siap Masak!
CARA BUAT SOLOK IKAN

Bahan-bahan:
- 1kg ikan kembung (ikan segar, keluarkan isinya)
- 1 biji telur
- Cili merah (dihiris)
- ½ biji kelapa parut atau lebihkan sedikit (ikut saiz kelapa)
- Daun kesum secukupnya
- Bawang merah, halia, serai (kisar halus)
- Serbuk perasa, garam, gula secukup rasa
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaulkan isi ikan bersama telur, cili merah, kelapa parut, daun kesum, bahan kisar serta garam, gula dan serbuk perasa.
2. Selepas itu, sumbatkan semula adunan ke dalam ikan.
3. Akhir sekali, goreng sampai garing keemasan. Siap untuk dihidang!
Jika anda nak cuba kelainan daripada lauk harian biasa, bolehlah jadikan Solok Ikan ini sebagai menu istimewa di rumah. Sekali cuba, pasti makan tak berhenti nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zira Ismail
Baca juga: Resepi Pepes Ayam, Kukus Sekejap Saja Tapi Bau Memikat Selera
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














