resepi ikan masak kicap

Kalau dah selalu masak ikan kicap biasa, apa kata kali ini cuba pula resepi ikan masak kicap halia Chinese style. Resepi ini sangat mudah tapi hasilnya memang cukup istimewa. Kuah kicap yang pekat manis-masin ditambah aroma halia dan bawang putih garing memang buat hidangan jadi lebih menyelerakan.

Rahsia kelazatan masakan ini juga terletak pada kombinasi kicap lemak manis, kicap masin, sos tiram, minyak bijan dan lada sulah. Bila digaul bersama isi ikan goreng, kuahnya jadi menyerap elok. Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Baca juga: Resipi Sambal Garing Ikan Bilis, Ikut Rahsia Ini Agar Kekal Rangup & Tahan Lama Berbulan!

RESEPI IKAN MASAK KICAP HALIA CHINESE STYLE

resepi ikan masak kicap

Bahan-bahan:

  • 4 keping isi ikan jenahak atau ikan merah (gaul dengan sedikit tepung jagung dan goreng seperti biasa)
  • 4 inci halia muda (dihiris nipis halus)
  • Beberapa ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • Daun bawang (dipotong kasar)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan sos kicap (campur & kacau sebati):
  • 4–5 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 2–3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan halia serta bawang putih sehingga garing dan wangi.
  2. Masukkan campuran sos kicap tadi, tambah sedikit air untuk jadikan kuah cair. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kepingan isi ikan yang telah digoreng, gaul perlahan supaya kuah serap rata.
  4. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan percikkan sedikit minyak bijan.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Sup Ikan Jenahak Harum & Tak Hanyir, Kuah Sedap Sampai Hirup Pun Nikmat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN