PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-22 05:32:04

Sejak kebelakangan ini, Pasta Tomyam Alfredo ini menjadi perhatian para penggemar makanan western di laman sosial. Pasti ramai yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah. Betul tak? Jadi, apa kata korang cuba resipi Pasta Tomyam Alfredo yang dikongsikan oleh Farhah Jamaluddin ini. Mudah je!


Kredit: Malayfoodlicious

 

Bahan-bahan:

  • Setengah biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1biji cili api merah atau ikut kepedas yang diingini (Cincang halus)
  • Minyak zaiton
  • 1 pek cendawan butang 
  • Susu full cream 
  • Pes tomyam adabi ½ packet
  • Udang (jumlah terpulang)
  • Maggi cukup rasa
  • Daun limau purut
  • Pasta
  • Cheese
  • Cili flakes

 

Cara-caranya:

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api dengan minyak zaiton sehingga naik bau.
     
  2. Kemudian, masukkan cendawan, susu dan pes tomyam dan gaulkan sehingga rata dan sebati. Lalu masukkan udang dan gaul sehingga warna nampak kemerahan.
     
  3. Kemudian masukkan pasta dan Maggi cukup rasa.


    Kredit: Azie Kitchen
     

  4. Masukkan pula daun limau purut, tabur cheese dan cili flakes.


Kredit: Malayfoodlicious
 

Siap untuk dihidang! Mudah je kan? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN