resepi kerang

Bila sebut pasal kerang, biasanya ramai yang rebus dan cicah dengan sos cili Thai kan? Tapi, sesekali apa kata kita cuba resepi kerang goreng kunyit dengan kentang ni.

Resipi yang dikongsi oleh Puan Liza Idris ini sangat senang nak buat. Menurutnya, anak-anak sangat suka sampai ratah kerang ini tanpa makan nasi!

Jika ada yang ingin mencuba, mari lihat resipi penuh seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!

RESEPI KERANG GORENG KUNYIT BERKENTANG

resepi kerang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 mangkuk isi kerang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili besar
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit air

Cara-cara memasak:

  1. Ambil 2 biji kentang, hiris sederhana nipis dan goreng di dalam minyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Selepas itu, ambil 1 biji bawang besar yang dihiris dan bahagi kepada 2 bahagian.
  3. Panaskan minyak, goreng kerang. Kacau dan biarkan masak.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau sampai bawang sedikit layu.
  5. Masuk cili besar, cili padi dan serbuk kunyit pula. Kacau sehingga rata.
  6. Letak 2 sudu besar sos tiram. Sambung gaul lagi.
  7. Masukkan sedikit air secukupnya.
  8. Akhir sekali, masukkan ketang yang sudah digoreng tadi beserta bawang. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.
  9. Gaul lagi sampai rata dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Sambal Kerang Pedas Manis, Ramai Kata Sedap Makan Dengan Nasi Lemak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN