resepi hash brown

Semakin lama, semakin banyak hidangan boleh dibuat secara homemade seperti resepi Hash Brown yang cukup mudah.

Hash Brown ialah hidangan sarapan yang sangat popular di Amerika dan snek ini mula muncul pada menu sarapan pagi di New York City pada tahun 1890-an.

Hash Brown dibuat daripada ubi kentang cincang halus yang telah digoreng sehingga perang sedikit. Oleh kerana snek ini sungguh sedap dan rangup, ia sering dijadikan hidangan untuk sarapan dan minum petang.

Baca juga: Kentang Goreng Panjang Versi Jimat, Rangup Tak Boleh Bawa Bincang!

Sesetengah kanak-kanak tak suka makan sayur-sayuran tapi mereka sangat menggemari ubi kentang kerana teksturnya yang lembut dan mudah dikunyah.

Resepi Hash Brown merupakan salah satu resepi menarik yang dibuat dengan menggunakan ubi kentang dan ramai sukakannya terutama mak-mak.

Nak buat sendiri di rumah, anda boleh mengikut resepi Hash Brown di bawah yang cukup mudah dengan menggunakan 5 bahan saja. Jom kita cuba!

RESEPI HASH BROWN

resepi hash brown

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong kentang dalam bentuk dadu dan basuh bersih.

2. Selepas itu, cairkan butter sebagai ganti minyak masak.

3. Seterusnya, masukkan kentang yang telah dibasuh bersih bersama black pepper dan garam, kemudian masak kentang sehingga betul-betul masak.

4. Setelah masak, angkat ke dalam mangkuk dan masukkan tepung jagung untuk melekatkan kentang, kemudian masukkan air sejuk dan gaul sehingga sebati.

5. Bentukkan mengikut kesesuaian. Boleh buat bentuk kecil supaya mudah dimakan. Setelah siap dibentukkan, masukkan dalam peti sejuk semalaman.

resepi hash brown

6. Apabila nak makan, boleh goreng seperti biasa. Semasa menggoreng, jangan kerap usik supaya tak mudah pecah. Biar betul-betul garing, baru terbalikkan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Resepi Hash Brown ini sesuai digunakan sebagai sarapan atau minum petang. Selain itu, anda bolah juga jadikannya sebagai bekal untuk anak-anak.

Selamat mencuba!

Sumber: Kakyongdedapur

Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN