Categories: Resipi

Resepi Gulai Lemak Udang, Lauk Begini Puas Makan Sampai Menjilat Jari

Mak-mak yang suka memasak di rumah mesti seronok jika dapat tahu adanya resepi Gulai Lemak Udang yang sedap tak terkata.

Gulai Lemak adalah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi Nusantara dalam cara membuatnya dan kebanyakan orang menyebutnya sebagai masak lemak.

Gulai Lemak Udang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bersama udang dan ia bertambah sedap apabila digandingkan bersama nenas.

Halimah Salleh telah sudi kongsikan resepi Gulai Lemak Udang daripada ibunya yang sangat mudah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!

RESEPI GULAI LEMAK UDANG

Bahan-bahan:

  • Sebiji nenas
  • ½kg udang
  • Santan pekat (sebiji kelapa)
  • Bawang merah – mayang kasar
  • Gula dan garam secukupnya
  • 2 keping asam keping

Bahan yang dikisar sekali:

  • 15 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ketul kunyit hidup (saiz kecil)
  • Serai (dihiris halus)
  • Sedikit lada hitam

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong nenas ikut kesukaan masing-masing, rebus dan tapis buang airnya, kemudian cuci bersih udang.

2. Selepas itu, masak santan sehingga pecah minyak dan masukkan bahan yang dikisar sekali tadi.

3. Seterusnya, masukkan nenas, udang dan bawang merah, kemudian letak garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan asam keping untuk seimbangkan rasa, kemudian masak sekejap. Siap untuk dihidang!

Anda boleh mengolah resepi Gulai Lemak Udang dengan memasukkan sayur lain sebagai tambahan seperti kacang panjang, lobak merah dan sebagainya.

Tak kisahlah nak berkuah cair atau pekat sekalipun, tapi Gulai Lemak Udang ini pasti memikat selera anda seisi keluarga.

Rasa kuah masam manis cukup serasi dengan udang dan nenas yang membuatkan sesiapa saja akan bertambah nasi apabila memakannya.

Manalah tahu ada stok udang di rumah tapi tiada idea untuk masak apa, anda bolehlah cuba buat Gulai Lemak Udang yang lazat ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Halimah Salleh

Baca juga: Ayam Gulai Siam, Kuah Mengancam Sampai Hirup Banyak Kali Dibuatnya

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago