Categories: Resipi

Resipi Sup Sawi Dengan Bebola Ikan, Lauk Legend Mak Kita Dulu-Dulu

Sup sayur sawi dengan bebola ikan ini merupakan hidangan yang penuh nostalgia, sering dimasak oleh ibu-ibu kita pada zaman kecil-kecil dulu.

Resipi ini menggabungkan bebola ikan yang dibuat dari ikan segar dengan sayur sawi yang dimasak dalam kuah yang lazat.

Jika ada yang ingin mengimbau kembali kenangan, jom cuba masak dengan menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Sayur Telur Dengan Suun ‘Berlambak’, Nampak Sempoi Tapi Punyalah Sedap

RESEPI SUP SAYUR SAWI BEBOLA IKAN LEGEND

Bahan-bahan bebola ikan:

  • 5-7 ekor ikan selayang (saiz bergantung kepada pilihan)
  • Garam secukup rasa
  • Perasa tambahan (jika suka)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 4-5 sudu tepung gandum (optional)

Cara buat bebola ikan:

  1. Buang tulang dari ikan selayang dan ambil isinya.
  2. Tumbuk isi ikan menggunakan lesung.
  3. Tambahkan garam, perasa (jika suka), dan lada sulah ke dalam adunan ikan. Gaul rata.
  4. Jika suka, tambahkan tepung gandum dan gaul sebati.
  5. Bentukkan adunan ikan menjadi bebola kecil.

Bahan-bahan sup:

  • 6 pokok sawi
  • 1 biji lada besar
  • 3-4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Suhun atau fucuk (jika suka)

Cara buat sup:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan lada hitam hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan bebola ikan yang telah dibentuk ke dalam periuk dengan tumisan.
  4. Biarkan mendidih selama 5 minit sehingga bebola ikan masak.
  5. Potong sawi dan masukkan ke dalam sup. Jika suka, masukkan juga suhun atau fucuk.
  6. Biarkan mendidih seketika sehingga sawi dan bahan tambahan empuk.
  7. Rasa dan sesuaikan garam atau perasa jika perlu.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Eizatul Fatanah Chik

Baca juga: Cara Masak Sup Ikan Supaya Tak Hancur, Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Mantap!

Wan N

Recent Posts

Petua Pilih Tomato, Yang Merah Oren Tanda Dah Masak & ‘Topi’ Hijau Tanda Isi Padat

Petua pilih tomato sebenarnya tak susah, cuma ramai yang main ambil berdasarkan saiz dan warna…

12 hours ago

Petua Cili Jeruk Kekal Rangup & Tak Lembik, Rupanya Ada 1 Langkah Penting Tak Boleh ‘Skip’

Kalau suka makan jeruk cili hijau dengan mi goreng, bihun sup atau nasi panas, boleh…

12 hours ago

Kentang Ikan Bilis Goreng, Resipi Ringkas Tapi Sedap Sampai Tak Cukup Sepinggan Nasi!

Kentang ikan bilis goreng ini pasti akan membuatkan anda tambah nasi. Bukan sahaja senang, malah…

13 hours ago

4 ‘Hacks’ Air Fryer Untuk Lauk & Kuih Kegemaran Malaysia

Sebut sahaja juadah gorengan serta kuih tempatan, pasti terbayang kelazatannya! Hidangan seperti ayam berempah renyah,…

14 hours ago

Resipi Siakap Stim Limau Kuah Lemak, Lauk Ini Tak Boleh Makan Sikit… Confirm Bertambah Nasi!

Kalau selalu masak resepi siakap stim, kali ini boleh cuba pula versi kuah lemak yang…

14 hours ago

Resipi Bebola Ayam Keju Cottage Ala Hailey Bieber…Sedap, Juicy & Tinggi Protein!

Cara buat bebola ayam keju cottage Hailey Bieber yang viral dan sering diikuti oleh influencer-influencer…

14 hours ago