Menu ginger beef kuey teow ini selalu dimakan di restoran Cina Muslim. Tapi rupanya kita boleh buat sendiri saja di rumah.
Walaupun caranya nampak macam renyah tetapi percaya atau tidak, penyediaaan hidangan ini sebenarnya cukup mudah!
Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Saudari Nasriah Ramli di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat
RESEPI GINGER BEEF KUEY TEOW
Bahan-bahan:
- Kuetiau
- Daging
- 4 ulas bawang putih (mayang halus)
- Halia muda (dipotong nipis)
- 2 biji telur
- Daun bawang (dipotong)
- 3 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 kiub bilis
- 3 sudu makan sos tiram
Cara memasak:
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mndidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Sudah siap ginger beef kuetiau.
Kredit resipi dan gambar: Nasriah Ramli
Baca juga: Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat