Rupanya ada petua simpan taugeh supaya kekal segar, tak hitam walaupun sudah berminggu dalam peti ais. Buat macam ni boleh beli banyak buat stok dalam peti ais, senang bila nak masak.

Wajib ikut petua ni barulah taugeh tak terbuang begitu sahaja sebab warnanya sudah bertukar hitam, nak guna untuk masak pun tak berselera.

Nak tahu apa petuanya? Jom baca perkongsian oleh Aine Soaudi di bawah.

Petua Simpan Taugeh Supaya Tahan Lama

Perasan kan taugeh ni memang cepat hitam/lebam bila simpan. Ada petua letak air bagi tahan lama, dah buat tak jadi pun tetap lebam selepas beberapa hari.

Petua paling mudah nak simpan taugeh tetap fresh tak hitam masukkan asam keping dalam taugeh yang direndam dalam air.

InsyaAllah hasilnya taugeh tetap cerah jelita tak kusam/lembam walaupun berminggu macam pakai sunscreen maintain je jelita. Selamat mencuba!

Kredit: Aine Soaudi

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Masam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending