Ada yang suka makan getuk ubi kayu legend ini? Kuih ini susah dijumpai kerana tidak ramai yang menjualnya, lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Kalau ada dijual pun, harganya boleh tahan mahal.
Jadi, apa kata kita beli ubi kayu dan buat sendiri ubi getuk yang lembut di dalam dan rangup di luar menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih ‘Legend’ Yang Masih Digemari Ramai
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Didihkan air yang sudah ditabur garam. Kemudian rebus ubi sehingga empuk.
2. Setelah ubi empuk, toskan dan hancurkan sehingga lumat.
3. Tambah kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Cubit kecil doh dan timbang setiap doh 20 gram. Bulat-bulatkan. Sapu minyak pada tapak tangan supaya mudah untuk dibulatkan. Akan dapat lebih kurang 140 biji.
Bahan-bahan tepung salut:
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga larut.
2. Celutkan doh ubi tadi, kemudian goreng sekejap untuk dibekukan. Jika mahu dimakan terus, goreng sehingga garing dan keperangan. Selamat mencuba!
Tips tambahan:
Kredit resipi dan gambar: Koleksi Resepi Kuih Muih
Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…