garlic spread

Siapa yang tak suka garlic bread, kan? Nak tahu tak, sebenarnya cara membuat garlic spread homemade ini sangat mudah dan hanya perlukan empat bahan sahaja. Ramai yang anggap bahawa membuat garlic spread ini rumit, tetapi sebenarnya ia sangat senang!

Kosnya pun tak mahal, memang jimat berbanding beli. Sebelum bakar roti, sapu garlic spread ini terlebih dahulu. Selepas itu, nikmati dengan sup cendawan yang berkrim. Sedapnya memang tak boleh nak cakap! Roti tawar pun boleh jadi enak dengan sapuan ini.

Anda boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Ia tahan lebih lama dan boleh digunakan bila-bila masa. Jom tengok cara membuatnya di bawah!

Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan Pekat, Lazat & Rasa Berlemak, Hirup Sampai Licin!

RESEPI GARLIC SPREAD HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 600g butterich (boleh juga guna guna butter/marjerin)
  • 100g bawang putih (dicincang)
  • 50g gula perang
  • 1 sudu besar daun parsley (dicincang)

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk besar, gaul semua bahan iaitu butter, bawang putih, gula perang dan daun parsley sehingga sebati.
  2. Setelah semua bahan tercampur dengan baik, spread siap digunakan!
  3. Boleh sapu pada roti dan bakar. Roti garlic ini memang sedap, terutamanya jika dimakan dengan mushroom soup. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gamabr: Wan N Wan M

Baca juga: Cara Buat Roti Celup Telur Yang Sedap, Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN