banana pudding

Resipi banana pudding ini sedang tular di media sosial. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membelinya. Ada juga yang cuba sendiri di rumah sebab resipinya mudah dan bahan pun ringkas, tapi hasilnya sangat menyelerakan.

Rasanya yang manis, lemak dan berkrim menjadikan ia pencuci mulut yang begitu enak dinikmati pada bila-bila masa. Lebih nikmat lagi jika dimakan dalam keadaan sejuk selepas disimpan di dalam peti ais.

Kalau ada lebihan pisang dekat dapur, bolehlah cuba resipi banana pudding ini. Memang sesuai untuk hidangan petang atau pencuci mulut selepas makan berat. Ringkas tapi puas hati!

Baca juga: Resipi Kek Tiramisu Rasa Berlemak & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas!

RESEPI BANANA PUDDING

banana pudding

Bahan-bahan:

  • 4-5 biji pisang (pisang berangan / pisang emas – yang masak ranum)
  • 1 peket biskut Marie atau biskut vanilla (boleh juga guna biskut shortbread atau Nilla
  • Wafers)
    2 cawan susu segar (full cream lebih sedap)
  • 1 cawan whipping cream (boleh juga guna susu cair jika tiada)
  • ½ cawan susu pekat manis (boleh tambah/kurang ikut kemanisan yang diingini)
  • 2 sudu besar tepung kastard (atau tepung jagung sebagai ganti)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Mula-mula kita akan buat kastard terlebih dahulu. Campurkan susu segar, susu pekat, tepung kastard, esen vanila dan secubit garam dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan sambil kacau sehingga pekat dan berkrim. Jangan berhenti kacau supaya tak berketul.
  3. Bila dah pekat, tutup api dan biarkan kastard sejuk sebentar.
  4. Sekarang, kita akan mula susun lapisan. Dalam bekas atau gelas, mulakan dengan lapisan biskut di bawah.
  5. Letakkan lapisan pisang yang dipotong nipis.
  6. Tuang kastard yang dah sejuk tadi.
  7. Ulang susunan hingga habis bahan. Akhiri dengan lapisan kastard paling atas.
  8. Untuk hiasan, pukul whipping cream hingga kembang dan sapu atas lapisan terakhir.
  9. Tabur serbuk biskut atau hirisan pisang segar di atasnya.
  10. Masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum dinikmati. Kalau semalaman, lagi sedap!

Tips Extra:

  • Guna pisang yang betul-betul masak untuk rasa manis semulajadi.
  • Boleh juga tambah serbuk kayu manis sikit dalam kastard kalau suka aroma klasik.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ganache, Tak Ada Mixer Pun Boleh Buat Kek Sedap Macam Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN