Salah satu pastri Melayu yang tak akan lapuk dek zaman adalah donut kampung. Bukan sahaja sedap, tetapi resepi donut kampung ini juga sangat mudah untuk disediakan.
Di dalam resipi perkongsian oleh Cik Puan Rahmah Rosmin, beliau tidak menggunakan telur untuk membuat donut. Jadi, anda yang mempunyai alergik dengan telur sesuai menggunakan cara ini.
Jom cuba resipi donut kampung di bawah!
Baca lagi: Cara Buat Kuih Ketayap Kulit Tak Tebal, Baru Sedap Nak Makan!
RESEPI DONUT KAMPUNG
Bahan-bahan:
- 250g tepung protein tinggi (tepung roti)
- 30g gula kastor
- 2 sudu besar susu tepung (boleh juga diabaikan jika tiada)
- 4g yis kering
- 1/2 sudu teh garam
- 5g pelembut roti
- 30g marjerin
- Air sejuk dari peti sejuk + 1 biji kuning telur (jadikan anggaran berat 130g – 140g, bergantung kepada serapan tepung. Setiap jenis tepung berbeza serapannya, jadi perlu anggar dengan bijak)
Cara-cara Membuat Donut:
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Sekiranya anda mempunyai bread maker (BM), uli menggunakan BM sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat di tangan. Pastikan doh benar-benar diuli dengan baik sehingga mendapat tekstur yang licin dan lembut. Jika uli tangan, proses ini mungkin mengambil masa sedikit lebih lama.
2. Setelah doh diuli, anda boleh terus membulatkan (rounding) doh kepada bahagian kecil sekitar 30g setiap satu. Proses rounding ini penting untuk memastikan bentuk donut cantik dan sekata.
3. Setelah semua doh dibulatkan, rehatkan doh selama lebih kurang 10 minit. Ini adalah tempoh rehat yang singkat untuk membiarkan doh stabil sebelum di bentuk seterusnya.
4. Leperkan sedikit doh yang telah direhatkan tadi. Gunakan belakang nozel atau penutup botol untuk menebuk lubang di tengah-tengah doh.
5. Setelah doh dibentuk, perap doh selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung kepada suhu persekitaran. Doh akan mengembang dan menjadi ringan.
6. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api yang perlahan supaya donut masak sekata dan tidak menyerap minyak berlebihan. Semasa menggoreng, balikkan donut hanya sekali untuk memastikan kedua-dua belah dimasak dengan sempurna tanpa terlalu menyerap minyak.
7. Jangan lupa untuk memerhatikan minyak supaya tidak terlalu panas, kerana ini akan membuatkan donut cepat hangus di luar tetapi belum masak di dalam.
8. Dengan sukatan ini, anda akan mendapat sekitar 15 biji donut dengan berat doh 30g setiap satu. Jika ingin membuat lebih banyak, anda boleh gandakan resipi ini mengikut keperluan.
Sumber: Rahmah Rosmin
Baca lagi: Resipi Ikan Masak Cuka Paling Mudah & Sedap, Makan Sambil Tersenyum Lebar