resepi donut gebu

Jom cuba resepi donut gebu dan lembut ini. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak kira usia.

Untuk menghasilkan donut yang gebu biasanya memakan masa yang lama. Hal itu kerana adunan perlu direhatkan seketika sehingga ia kembang.

Namun begitu, jika anda menggunakan resipi ini, doh hanya perlu direhatkan selama 20 minit saja. Selepas itu, anda sudah boleh menggoreng donut tersebut.

Empunya resipi, Noriza Awang Hamat turut berkongsikan petua agar gula tidak cair selepas disalut pada donut. Mari ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 1 peket yis
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Sedikit garam
  • Tepung gandum cap ros 1 peket
  • 3 sudu besar planta

Cara-cara:

1. Satukan yis, air suam, gula, susu pekat dan sedikit garam. Biarkan sehingga yis berbuih.

2. Gaulkan tepung gandum dan planta sehingga menjadi seperti serbuk. Kemudian curahkan air yis yang sudah berbuih tadi.

3. Uli semua bahan sehingga tak melekat pada tangan. Kalau lembik, tambahkan tepung dan kalau keras, tambahkan air.

4. Perap doh selama lebih kurang 20 minit. Selepas siap diperap, cubit sedikit doh bulatkan donat. Buat lubang di tengah menggunakan jari jika tiada acuan.

5. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga keperangan menggunakan api perlahan.

6. Angkat dan toskan sehingga donut betul-betul kering dan tidak berminyak sebelum disalut dengan gula. Jika donut tidak ditos dengan betul, gula yang disalut akan mudah cair.

7. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

resepi donut gebu

Kredit resipi dan gambar: Noriza Awang Hamat

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN