Categories: Resipi

Resepi Donat Kampung Lembut Sampai Petang, Gebu Bukan Main Lagi

Dalam banyak-banyak jenis donat yang ada, resepi Donat Kampung adalah yang paling digemari ramai kerana kesedapannya yang terasa klasik tak disangkal lagi.

Walaupun mempunyai rasa sederhana namun donat ini tetap lazat dimakan dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya di rumah, terutamanya orang yang duduk di kampung.

Kami begitu tertarik dengan hasil daripada resepi Donat Kampung oleh Zara Wan Chek di Facebook sampaikan tak sabar nak kongsikan dengan anda. Jom kita cuba!

Baca juga: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah

RESEPI DONAT KAMPUNG

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 3 gram baking powder
  • 5 gram pelembut roti (tak letak pun boleh)
  • 60 gram gula halus
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 50 gram marjerin atau buttercup
  • 1 paket yis mauripan
  • ½ cawan santan kotak
  • ½ cawan air suam campur yis (larutkan)

*Jika tiada santan, sukatan air suam adalah 1 cawan.

Cara-cara membuat:

1. Mu;a-mula, masukkan semua bahan ke dalam satu bekas, kacau rata dan uli sampai elastik (lebih mudah jika ada mesin uli).

2. Selepas itu, perap selama 15 minit supaya doh menjadi naik (jika pakai mesin, tak payah perap).

3. Kemudian, tumbuk doh itu bagi keluar angin.

4. Timbang sama banyak, kemudian bulat-bulatkan.

5. Seterusnya, tekan sedikit doh itu dan baru lubangkan tengah (saya tak pakai acuan).

6. Setelah itu, tunggu doh naik 2 kali ganda.

7. Seterusnya, panaskan minyak masak dan goreng dengan api sederhana, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Setelah membuat resepi Donat Kampung ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang gebu dan boleh lembut sampai petang. Jika makan sekali, pasti teringat-ingat sampai esok.

Bagi menyempurnakan resepi ini, anda boleh taburkan gula di atasnya atau letakkan topping coklat, strawberi atau vanilla supaya Donat Kampung anda kelihatan lebih menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Zara Wan Chek

Baca juga: Cara Buat Donat Gemuk Pakai Susu Tepung, Lembut Gebu Lain Macam!

Aimi

Recent Posts

Kek Marble Sukatan Cawan Yang Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Apabila bercerita tentang pencuci mulut, terus teringin nak makan kek yang sedap. Nak buat dengan…

18 hours ago

Cara Potong & Simpan Ikan Masin Agar Tahan Lama, Boleh Tahan Sampai Setahun!

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya…

19 hours ago

Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Nampak macam karipap, tapi inilah kuih Apam Puri yang disukai ramai sekarang. Lebih-lebih lagi, inti…

19 hours ago

Resipi Kerepek Gunting Versi Tak Pedas & Tak Keras, Senang Kunyah!

Resepi kerepek gunting versi ini sesuai untuk anak kecil kerana tidak pedas. Ia juga tidak…

20 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Telur, WAJIB Guna Krim Keju Ini Untuk Rasa Lagi Sedap!

Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang…

20 hours ago

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun…

22 hours ago