
Resipi dalca daging memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Dengan kuah yang pekat, daging yang empuk, dan sayur-sayuran yang masak sempurna, hidangan ini pasti menjadi kegemaran ramai.
Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain mengikut cita rasa. Resipi ini menggunakan sayur lobak merah, kentang dan terung sahaja. Walaupun ringkas, rasanya sudah cukup nikmat.
Baca juga: Resipi Sup Ekor Kuah Pekat & Daging Empuk, Sekali Hirup Kuah Terus Nak Tambah Nasi!
RESEPI DALCA DAGING YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:
- 500 gm daging lembu batang pinang (dipotong kecil)
- 1 peket kecil rempah kari daging
- 5 cawan santan (boleh tambah jika perlu)
- 2 biji terung bulat (dipotong saiz sederhana)
- 4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- 1–2 batang lobak merah (dipotong serong)
- 200 gm kacang dal (direndam 1 jam)
Bahan tumisan:
- 4 biji bawang merah (dihiris halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
- 2 cm halia (diketuk atau dihiris halus)
- 3 cm kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 1 biji bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
- Bersihkan daging dan potong kecil. Kupas bawang dan halia, kemudian mayang halus atau tumbuk kasar. Bersihkan sayur-sayuran dan potong mengikut saiz yang sesuai. Tos kacang dal yang telah direndam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga bawang layu dan naik bau.
- Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rempah masak dan timbul minyak.
- Masukkan santan, daging dan kacang dal ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih sehingga kacang dal kembang dan daging empuk. Tambah santan jika kuah kurang.
- Masukkan ubi kentang, biarkan hingga lembut. Kemudian, masukkan sayur terung, lobak merah dan garam secukup rasa.
- Setelah semua bahan masak dan kuah pekat, matikan api dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Hairul Nizam Ijam
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














