resepi sup ekor

Sebenarnya ada banyak jenis resepi sup ekor yang boleh dicuba mengikut selera masing-masing, sama ada gaya mamak, siam atau sup biasa.

Namun hari ini, MyResipi ingin kongsikan resipi sup ekor versi ringkas tetapi sangat sedap yang dikongsikan oleh Puan Ameen Fami.

Menurut beliau, anak-anak memang suka menu ini dan makan berselera sampai bertambah nasi.

Jika anda ingin mencubanya, jom teruskan membaca resipi penuh di bawah untuk melihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Bihun Sup Utara Terpaling ‘Kick’, Sedapnya Tak Jumpa Dekat Tempat Lain!

RESEPI SUP EKOR

resepi sup ekor

Bahan-bahan:

  • 1 paket ekor lembu frozen
  • 2 cawan air
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • ½ batang lobak merah (dipotong dadu sederhana besar)
  • 4 ulas bawang putih (dititik)
  • Sedikit halia (dititik)
  • Daun sup & batang daun sup
  • ½ sudu minyak masak
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 2 sudu cuka
  • 2 sudu kicap sotong

Cara memasak:

  1. Cuci ekor lembu hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Tambahkan 2 cawan air.
  3. Masukkan bawang besar, tomato, lobak merah, bawang putih, halia serta daun sup.
  4. Tuangkan minyak masak, serbuk perasa, cuka dan kicap sotong. Kacau rata dan biarkan sehingga ekor empuk dan kuah meresap.
  5. Setelah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.
  6. Untuk rasa lebih padu, makan bersama sambal kicap cili. Memang marbeles!

Tip: 

  • Rasa akhir terpulang pada selera masing-masing. Kalau suka masam, boleh tambah sedikit cuka.
  • Jika nak cepat empuk, gunakan pressure cooker.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Cara Buat Mee Wantan Kicap & Dumpling Sup, Resipi Lengkap Dengan Bahan Sampingan Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN