Sesiapa yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia pasti teruja apabila terdengar tentang resepi Daging Kerutuk yang kesedapannya tak dipertikai lagi.
Daging Kerutuk atau daging masak kerutuk ialah makanan tradisional di Kelantan, Malaysia dan bahan utama yang digunakan untuk menyediakan hidangan ini ialah daging lembu.
Buat anda yang kali pertama dengar tentang kerutuk, sebenarnya ia merupakan sejenis kari berasaskan santan yang sangat kaya.
Secara tradisinya, orang Kelantan akan guna resepi Daging Kerutuk untuk jadikan lauk yang enak dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Nak tahu bagaimana rasa lauk yang popular di Kelantan ini, anda boleh cuba resepi Daging Kerutuk yang dikongsikan oleh Nurul Farhanim di Facebook ini.
Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berkuah, Sudah Cuba Sekali Pasti Nak Buat Lagi
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang sudah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kerutuk dan tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kerisik.
4. Tambahkan air dan letakkan daging, kemudian biarkan sehingga daging empuk dan sehingga nampak hampir kering.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula, kemudian apabila nampak sudah kering, masukkan santan.
6. Masak lagi sampai nampak nak kering, kemudian masukkan bawang dan lada besar yang sudah dipotong. Siap untuk dihidang!
Anda yang mempunyai pasangan berasal dari Kelantan cubalah sekali-sekala buat resepi Daging Kerutuk ini yang semestinya bakal dipuji nanti.
Selain dijadikan sebagai lauk tengah hari, anda juga boleh jadikannya sebagai lauk makan malam yang lazat di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Farhanim
Baca juga: Daging Goreng Kunyit Simple Dengan 5 Langkah, Tak Gaduh Bila Kunyah
Kuih puli ubi kayu mungkin nampak seakan-akan kuih lopes, tetapi cara penyediaannya dan bahan utamanya…
Nak hasilkan karipap jerawat yang kulitnya rangup, bergelembung cantik dan tidak mudah terbuka ketika digoreng?…
Resipi mee hailam sedap ini sesuai untuk makan malam kerana menggabungkan mi kuning dengan ayam,…
Bila sebut pasal makanan sihat, mesti ramai antara kita terbayang pinggan yang penuh dengan sayur-sayuran…
Kalau pernah beli sweet potato balls masa jalan-jalan di Cameron Highlands, mesti tahu jajan ini…
Nak kerja memasak jadi lebih cepat? Buat stok bawang kisar tahan lama boleh jadi cara…