Kecoh dengan musim durian yang melanda dan ada di antara mereka yang tak ketinggalan untuk membuat resepi Dadih Vanilla Durian yang sangat sedap.
Durian merupakan buah yang paling luas di tanam di Malaysia dan digelar Raja Buah kerana saiz bentuknya yang sangat besar serta kulitnya penuh dengan duri.
Ramai yang cuba habiskan lebihan durian yang ada di rumah dengan pelbagai masakan menarik dan salah satunya ialah resepi Dadih Vanilla Durian.
Dadih adalah sejenis produk tenusu yang mirip dengan yogurt tradisional khas dalam kalangan masyarakat Minangkabau dan pelbagai perisa yang ada sekarang.
Kami telah jumpa satu video di TikTok tentang resepi Dadih Vanilla Durian yang dikongsikan oleh marissa_dessert untuk anda buat sendiri di rumah. Jom cuba!
Baca juga: Puding Roti Durian, Bila Makan Masih Terasa Isi Durian Yang Asli
RESEPI DADIH VANILLA DURIAN
Bahan-bahan:
- 1 biji buah durian
- 1 pek serbuk dadih vanilla
- 1500ml air
- Pewarna kuning secukupnya
Cara-cara:
1. Asingkan isi durian daripada bijinya dan bagi mendapatkan tekstur lebih halus, kisar isi durian dengan air yang secukupnya sehingga lumat.
2. Panaskan 1500ml air termasuk isi durian yang telah dikisar tadi sehingga bintik-bintik mendidih.
3. Masukkan 1 pek serbuk dadih vanilla dan kacau sehingga tak berketul dan larut semuanya, kemudian biarkan mendidih.
4. Masukkan pewarna kuning sedikit demi sedikit supaya dapat hasil warna yang cantik, kemudian kacau lagi dan biarkan mendidih.
5. Setelah mendidih, boleh tutup api dapur dan masukkan adunan dadih ke dalam jug, kemudian biarkan suam.
6. Setelah suam, tuang adunan dadih ke dalam bekas cawan dan jika nampak ada buih di atas permukaan dadih, kacau-kacau sedikit dengan sudu.
7. Akhir sekali, biarkan dalam peti sejuk seketika. Siap untuk dinikmati!
Anda boleh jadikan resepi Dadih Vanilla Durian ini sebagai salah satu pencuci mulut yang lazat di rumah.
Jika tekak teringin makan pencuci mulut yang manis, Dadih Vanilla Durian adalah pilihan tepat untuk anda nikmati bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: marissa_dessert
Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali