
Cucur antara menu mudah dibuat bila perut mula lapar pada waktu petang. Ramai suka resepi Cucur Viral kerana rangup di luar, lembut di dalam dan tak cepat lembik walaupun dah sejuk.
Resepi Cucur Viral ini dikongsikan oleh Zaimah Zakaria yang menggunakan tepung kek sebagai bahan utama. Hasilnya cucur jadi ringan, naik cantik dan rangup tahan lama. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Apam Nasi Mudah Tanpa Tepung Gandum, Hasil Lembut Dan Gebu!
RESEPI CUCUR VIRAL

Bahan-bahan:
- 500g tepung self rising flour
- 200g lobak merah (diparut)
- 200g bawang merah (dihiris nipis)
- 100g daun bawang
- 100g daun kucai
- 120g ikan bilis/udang kering/crab stick
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- Air masak secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Satukan semua bahan kering dan bahan kisar atau hiris dalam satu mangkuk besar.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tak terlalu cair, cukup pekat untuk dijemput.
3. Panaskan minyak (jangan kedekut minyak).
4. Jemput adunan kecil-kecil ke dalam kuali. Jangan terlalu penuh kerana cucur akan mengembang.
5. Goreng hingga keemasan dan garing, kemudian angkat dan toskan atas tisu dapur.
Tip penting supaya cucur kekal rangup:
- Minyak mesti cukup panas sebelum mula goreng.
- Jemput cucur saiz kecil untuk masak sekata.
- Elakkan adunan terlalu cair.
- Jangan kerap balikkan cucur, cukup sekali dua.
Kalau anda suka kudapan mudah, cepat dan menjadi, ikut saja resepi Cucur Viral ini. Tukar-tukar inti ikut selera, tapi hasilnya tetap padu dan rangup yang buat susah berhenti mengunyah.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaimah Zakaria
Baca juga: Resipi Cucur Nasi Ikan Bilis Lembut, Rangup Di Luar Dan Gebu Di Dalam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














