
Selepas seharian penat bekerja, memang seronok kalau dapat makan kudapan panas-panas seperti Cucur Nasi Ikan Bilis sebagai minum petang bersama keluarga tersayang.
Berbeza dengan cucur biasa, cucur ini menggunakan nasi sebagai salah satu bahan utama yang menjadikannya lembut di dalam tetapi rangup di luar bila digoreng.
Kali ini, kami kongsikan resipi Cucur Nasi Ikan Bilis daripada Jaja Noriza yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan snek atau hidangan ringan untuk keluarga.
Baca juga: Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk!
RESIPI CUCUR NASI IKAN BILIS

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan nasi yang dikisar
- Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
- ½ biji bawang holland atau bawang besar (dicincang)
- Daun bawang, tauge, kucai, cili merah
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
- 1 sudu teh baking powder (pilihan)
- Air sejuk secukupnya
*Tips tambahan: anda boleh tambahkan 2 sudu besar marjerin ke dalam adunan supaya cucur lebih rangup di luar dan lembut di dalam.
Cara-cara buat:
1. Dalam mangkuk besar, campurkan bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur dan ikan bilis. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul rata. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit air sejuk. Perasakan dengan garam, serbuk kunyit dan baking powder (pilihan). Pastikan adunan cukup pekat supaya cucur tak meleper semasa digoreng.
3. Panaskan minyak. Ceduk adunan menggunakan jari atau sudu dan bentuk bulat-bulat. Goreng hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.
Setelah cuba buat Cucur Nasi Ikan Bilis ini, pasti anda akan ulang untuk buat lagi. Bila hidangkan untuk keluarga, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Jaja Noriza
Baca juga: Rahsia Jemput Jemput Ikan Bilis Lembut Tanpa Telur & Air Panas, Wajib Cuba Cara Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














