
Pantang nampak ada resepi kuih goreng, mesti teringin nak cuba. Apa kata, anda buat resepi Cucur Udang gebu ini untuk dinikmati bersama keluarga tersayang di rumah?
Cucur Udang adalah antara kuih goreng yang disukai ramai. Bukan saja pada hari biasa, malah ia juga popular pada bulan Ramadan sebagai hidangan sampingan sewaktu berbuka puasa.
Buat anda yang masih tak tahu tentang resepi Cucur Udang gebu, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cucur Jawa Paling Ringkas, Goreng Begini Barulah Terbentuk Elok
RESEPI CUCUR UDANG GEBU

Bahan-bahan untuk cucur udang:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh instant yis
- 2 cawan air suam panas
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Segenggam taugeh
- 10 helai daun kucai (dipotong memanjang)
- Lobak merah (disagat)
- 1 biji cili merah (dihiris nipis)
Bahan-bahan untuk sos:
- 5 batang lada merah
- 6 hingga 7 biji cili padi
- 2 biji bawang putih
- ½ cawan sos cili
- 4 cawan air
- Air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat cucur udang:
1. Ayak tepung dan campur semua bahan, kemudian gaul sebati.
2. Selepas itu, perap selama setengah jam.
3. Panaskan senduk yang nak digunakan dan letak adunan dalam senduk.
4. Letak seekor udang dan agak-agak sudah tak melekat pada senduk, keluarkan.
5. Goreng sampai garing, angkat dan toskan. Siap!

Cara-cara membuat sos:
1. Mula-mula, kisar semua bahan.
2. Selepas itu, masak sampai mendidih.
3. Kemudian, bancuh tepung jagung dengan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
4. Akhir sekali, kacau sampai sebati dan tutup api. Siap!
Dengan gabungan udang segar dan adunan tepung yang ringan, resepi Cucur Udang gebu ini dapat hasilkan cucur yang bukan saja rangup di luar, tetapi juga lembut dan gebu di dalam.
Selamat mencuba!
Sumber: Hairul Nizam Ijam
Baca juga: Rahsia Cucur Udang Gebu Tanpa Bahan Penaik, Gaul Tepung Dalam Ais Sebelum Goreng!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














